Friday 17 April 2015

Dunia Pasca Amerika

Projek Terjemahan

Dunia Pasca Amerika

Bab 1.

Kebangkitan Negara Lain

Ini bukanlah sebuah buku mengenai kejatuhan Amerika,  tetapi mengenai kebangkitan negara negara lain. Ia  transformasi hebat yang sedang berlaku di seluruh dunia, transformasi ini,  walaupun sering kali dibincangkan, namun masih kurang difahami. Ini sesuatu yang normal. Perubahan, seperti berubahnya lautan, berlaku secara beransur-ansur. Walaupun kita membincangkan mengenai sebuah era baru, dunia seolah-olah kelihatan seperti yang biasa kita lihat.  Hakikatnya, ia akan sangat berbeza.

Peralihan kuasa tektonik telah berlaku sebanyak tiga kali semenjak lima ratus tahun yang lalu, perubahan penting dalam pembahagian kuasa ini telah membentuk semula kehidupan  masyarakat di peringkat antarabangsa  - yakni dari sudut politik, ekonomi, dan budaya. Peralihan yang pertama adalah kebangkitan dunia Barat, proses yang bermula pada abad kelima belas dan dipercepatkan secara mendadak dalam akhir abad kelapan belas. Ia dihasilkan oleh kemodenan seperti yang kita tahu: melalui kemajuan sains dan teknologi, perdagangan dan kapitalisme, revolusi pertanian dan perindustrian. Ia juga menghasilkan dominasi politik yang berpanjangan di dunia Barat.

Peralihan kedua, yang berlaku pada penghujung abad ke - 19, adalah kebangkitan Amerika Syarikat. Tidak lama selepas revolusi perindustriannya, Amerika Syarikat menjadi negara yang paling berkuasa semenjak empayar Rom, dan menjadi satu-satunya negara yang lebih kuat daripada gabungan mana mana negara-negara lain. Semenjak abad abad yang lalu, Amerika Syarikat telah mendominasi ekonomi global, juga dalam bidang politik, sains dan budaya. Selama dua puluh tahun yang lalu, menjadi dominasi yang tiada tandingan, suatu fenomena yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah moden.

Dan kita kini sedang melalui kehidupan dalam menyaksikan peralihan kuasa besar kali ke -3 di era moden. Ia boleh dikatakan sebagai "kebangkitan negara negara lain." Sejak beberapa dekad yang lalu, negara-negara di seluruh dunia telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang tidak pernah difikirkan. Walaupun negara negara ini mengalami masalah masalah seperti ketidakstabilan politik dan keganasan, trend keseluruhan jelas menunjukkan pertumbuhan yang baik.  Pertumbuhan yang paling ketara adalah di Asia, tetapi kini ia tidak lagi terhad kepada itu. Kerana itu untuk menggelarkan peralihan ini sebagai "kebangkitan Asia" adalah kurang tepat. Pada tahun 2006 dan 2007, 124 negara-negara telah berkembang pada kadar 4 peratus atau lebih. Ini termasuk lebih daripada 30 buah negara di Afrika, dua pertiga daripada benua itu. Antoine van Agtmael, seorang pakar kewangan yang mencipta istilah "Kemunculan Pasaran Baru ," telah mengenalpasti 25 syarikat yang berpotensi untuk menjadi syarikat multinasional yang paling hebat di dunia pada masa akan datang. Beliau menyenaraikan  empat syarikat itu adalah dari Brazil, Mexico, Korea Selatan, dan Taiwan; tiga dari India; dua dari China; dan masing-masing satu dari Argentina, Chile, Malaysia, dan Afrika Selatan.

Lihatlah disekeliling kita. Bangunan tertinggi di dunia kini di Taipei, dan tidak lama lagi rekodnya akan dikalahkan oleh satu bangunan tertinggi yang sedang dibina di Dubai (Burj Khalifa). Manusia terkaya di dunia berasal dari Mexico, dan perdagangan terbesar yang didagangkan secara umumnya kini milik China. Pesawat terbesar di dunia dibina di Rusia dan Ukraine, kilang kilang penapisan utama dunia kini dalam pembinaan di India, dan perusahaan gergasi kesemuanya berada di China. Dalam berbagai sudut, London kini menjadi pusat kewangan utama dunia, dan Emiriah Arab Bersatu adalah pusat pelaburan yang paling kaya di dunia. Apa yang dahulunya menjadi pegangan dan keunggulan Amerika kini telah dirampas oleh negara negara lain. Wheel Ferris terbesar di dunia kini di Singapura. Manakala pusat kasino terbesar kini bukan lagi di Las Vegas tetapi di Macao, yang mengaut keuntungan lebih daripada Vegas dalam pendapatan perjudian secara tahunan. Industri filem terbesar, dari aspek pembikinan filem dan tiket yang terjual, adalah Bollywood, bukannya Hollywood. membeli-belah, yang dahulunya aktiviti rekreasi terbesar Amerika, kini telah berada diseluruh pelosok dunia. Daripada sepuluh pusat membeli belah terbesar dan terbaik di dunia, hanya satu sahaja berada di Amerika Syarikat; yang paling besar adalah di dunia kini di Beijing. Senarai tersebut adalah senarai rawak, tetapi yang menariknya sepuluh tahun yang lalu, Amerika menguasai senarai ini, jika tidak pun kebanyakan darinya, paling banyak dalam senarai tersebut.

Mungkin agak aneh untuk terlalu memperkatakan yang kemakmuran kini sedang dikecapi semua apabila masih terdapat beratus-ratus berjuta-juta orang yang hidup dalam kemiskinan yang mendesak. Tetapi yang sebenarnya, peratusan manusia yang hidup dengan satu dolar sehari atau kurang dari itu telah menurun dari 40 peratus pada tahun 1981 kepada 18 peratus pada tahun 2004, dan dijangka jatuh akan berkurangan sehingga 12 peratus pada tahun 2015. Pertumbuhan ekonomi di China sahaja telah membebaskan lebih daripada 400 juta rakyat daripada kemiskinan. Kemiskinan kini telah berkurangan di negara-negara yang menempatkan lebih 80 peratus daripada penduduk dunia. 50 buah negara yang mana rakyatnya adalah termiskin adalah negara yang memerlukan perhatian segera. 142 negara lain pula, yang termasuk China, India, Brazil, Rusia, Indonesia, Turki, Kenya, dan Selatan Afrika- rakyat rakyatnya yang miskin kini secara perlahan-lahan diserap ke dalam ekonomi yang produktif dan kian berkembang. Buat pertama kalinya, dunia berjaya mencatatkan peningkatan ekonomi yang benar-benar global. Ini telah mewujudkan sistem antarabangsa di mana negara-negara di seluruh dunia tidak lagi menjadi objek atau pemerhati tetapi adalah  pemain ekonomi yang memainkan peranan mereka tersendiri. Ini lah sebenar benarnya suatu kelahiran bagi Ketetapan Sedunia (Global Order).

Satu aspek yang berkaitan dengan era baru ini adalah penralihan kuasa dari kerajaan kepada pemain pemain ekonomi lain. Pemain pemain ekonomi kini bukan sahaja berbentuk sebuah kerajaan. Kumpulan dan individu yang semakin berkuasa sementara hierarki, pemusatan, dan kawalan kian terhakis. Fungsi yang sebelum ini dikawal oleh kerajaan kini dikongsi dengan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Kesatuan Eropah. Kumpulan bukan kerajaan yang tumbuh bagaikan cendawan setiap hari untuk setiap isu di setiap negara. Syarikat dan pemodalan bergerak dari satu tempat ke tempat, mencari lokasi yang terbaik untuk menjalankan perniagaan, memberi ganjaran kepada beberapa kerajaan sementara menghukum yang lain (marhaen).  Pengganas seperti Al-Qaeda, kartel dadah, pemberontak, dan kumpulan militan dari segala kegiatan mencari ruang untuk beroperasi dalam setiap ceruk dan lompong dari sistem antarabangsa. Kuasa beralih daripada negara-bangsa,  ke atas, ke bawah, dan ke sisi. Dalam suasana seperti itu, aplikasi kekuasaan tradisional negara, dari sudut ekonomi dan ketenteraan, telah menjadi kurang berkesan.

Sistem antarabangsa yang baru muncul mungkin agak berbeza dari sistem yang telah mendahuluinya. Seratus tahun yang lalu, wujud kekuasaan multipolar yang dikendalikan oleh kerajaan Kerajaan dari Eropah, pakatan yang sentiasa bersilih ganti, persaingan, salah congakan, dan peperangan. Kemudian datang pula kekuasaan bipolar ketika berlakunya Perang Dingin, yang lebih stabil dalam pelbagai cara, tetapi dengan kuasa-kuasa besar bertindak balas dan bertindak secara melampau antara satu sama lain. Sejak tahun 1991, kita telah hidup di bawah kekuasaan Amerika, yang unik, suatu dunia unipolar di mana ekonomi global yang terbuka telah berkembang dan menjadi bercambah secara mendadak. Pengembangan ini kini memacu perubahan yang seterusnya dalam pembentukan ketetapan antarabangsa.

Di peringkat politik-ketenteraan pula, US kekal sebagai satu satunya kuasa dunia. Namun dalam setiap bidang lain - seperti bidang industri, kewangan, pendidikan, sosial, budaya - sedang beralih , kini tidak lagi didominasi oleh Amerika. Ini tidak bermakna kita sedang memasuki dunia yang anti-Amerika. Tetapi kita sedang menuju sebuah dunia pasca-Amerika, dunia yang didefinisikan dan disertai oleh lebih banyak tempat dan kelompok manusia.

Apakah peluang dan cabaran untuk melakukan perubahan ini sekarang? Apa yang dapat diramalkan bagi Amerika Syarikat dan dominasinya? Bagaimana era baru ini akan kelihatan seperti dari segi peperangan dan keamanan, ekonomi dan perniagaan, gagasan idea dan budaya?

Pendek kata, apakah ertinya untuk hidup dalam dunia pasca-Amerika?

No comments:

Post a Comment