Friday 13 March 2015

Apa Erti Saya Membaca?

Apa Erti Saya Membaca?

Sedari kecil. Bermula tadika, saya tidak pernah membuang sehelai pun kertas yang bertulisan. Kerana setiap dari tulisan itu punya kisahnya, punya nostalgianya. Kerana itu apabila membeli buku, saya gemar membeli dan menyimpan buku buku terpakai. Terkadang ada coretan coretan yang kaya dengan sejarah peribadi pemilik sebelumnya.

Anak kampung ini belajar dari pembacaan. Menerusi pembacaan lewat surat khabar. Menerusi pembacaan dari surat khabar, anak kampung ini menyerlah menjadi seorang pelajar yang memiliki senarai perbendaharaan kata yang luas. Di asrama dia tidak dibuli seperti kebanyakan  pelajar lain, tapi kemahirannya dieksploitasi oleh pelajar senior untuk menuliskan karangan mereka. Iya, semenjak di tingkatan satu dia sudah mula menulis karangan bagi pelajar tingkatan lima.

Saya juga masih teringat ketika bekerja selepas SPM. Di pesta buku, tiada had untuk berbelanja. Gaji cuma lah RM800 ketika itu. Saya

Saya suka memborong buku. Perasaan ketika mendapatkan buku dengan harga yang lebih rendah dari orang lain, bagaikan suatu kebanggaan pada zaman itu. Lebih lagi

Saya masih memborong buku sehingga kini walau mungkin tidak sekerap dahulu kerana pertimbangan untuk perkara perkara lain.

Bagaikan seorang pustakawan, saya terakhir saya lakukan pada akhir tahun 2014. Jumlah buku sudah melebihi 1,000 naskhah ketika itu dengan nilai kira kira RM29,000 ringgit. Meski saya

PKPIM dan GPTD

Jangan mengaku ahli pkpim jika tiada buku ditangan.

Gptd pengkajian sejarah - banyak kena study tokoh

Kesan pembacaan

Dahulu ketika gadjet bukan suatu kerutinan, membaca buku adalah sumber terpenting untuk saya mengutip ilmu.. Saya hampir setiap minggu saya akan sekurang kurangnya 2 perpustakaan, perpustakaan Sekolah dan perpustakaan PPAS. Pasti anda tidak menjangkakan betapa kayanya khazanah perpustakaan di sekolah saya kerana di situ lah saya dapat menelaah karya karya klasik kesusasteraan dan sejarah. Di PPAS pula saya akan pinjam buku yang tebal tebal sahaja. Memandangkan cuma boleh meminjam 3 buah buku saja, maka saya biasanya akan keluar dari perpustakaan dengan dua buah kitab dan sebuah buku sejarah yang tebal. Saya ingat tika meminjam buku gagasan agung Mortimer J Adler, kitab Ihya Ulumuddin setebal 1,200 muka surat yang dihabiskan dalam dua minggu sahaja.

Saya semakin kerap ke kedai buku Popular di Aeon Bukit Tinggi, Klang untuk bertemu sahabat lama saya, Naqib Ahmad Alawi ( kini pelajar jurusan Perubatan di
Bangalore University, India). Dalam pertemuan ini biasanya kami akan ke kedai buku.

Saya rasa beliau lah antara sahabat yang sabar dengan saya di kedai buku. Ada sahabat yang kadangkala berseloroh, "Azhaari kau nak tidur sini ke?" Semasa ke pesta buku atau di Big Bad Wolf.

Saya juga selalu ke pesta buku bersama Tengku Yusthafi. Meski beliau bukan peminat tegar buku, tapi beliau yg banyak membawa saya ke pesta buku dan betsabar dgn kerenah saya.

Pengalaman yang agak gila adalah ketika berborong buku si Big Bad Wolf. Kami pada mulanya cuma ingin menonton wayang filem The Man of Steel di Aeon Rawang, jom kita pergi Mid Valley pula? Mid Valley pun tak ada. Jom pergi The Mines la. Saya mencadangkan, sebenarnya ada niat lain kerana ada jualan BBW. Entah bagaimana, yang lain setuju . Jadi pergi lah kami ke bbw.

Mungkin saya bukanlah pembaca yang baik. Saya suka skip bahagian yang saya kira tidak penting (yang saya sudah boleh agak ke mana hala tuju perbicangan atau penceritaan), kerana itu agak sukar untuk saya benar benar menghargai dan mendalami karya seseorang karyawan. Namun begitu, jika tiada buku yang dibawa ke mana mana, atau.

Saya sentiasa mempunyai visi tentang mempunyai rumah sendiri. Dan perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah rak buku. Susunannya. Saya sudah punya gambaran bagaimana buku buku ini akan disusun, dikatalogkan.

Ya, mungkin saya cuma lah seorang kolektor yang berhempas pulas menafikan rasa tsundoku yang membelenggu rasa. Tetapi inilah janji saya, saya tidak akan berhenti membeli.

Genre

Kelakar. Mungkin itu perkataan paling sesuai saya gunakan bagi menggambarkan betapa minat pada genre pembacaan saya telah berubah. Di masa sekolah dulu saya paling trauma dengan sejarah. Malah saya selalu gagal dalam percubaan dan peperiksaan. Di saat matapelajaran lain seperti Biologi, Kimia dan Fizik jadi keutamaan. Sejarah terlihat cuma satu subjek yang perlu diletakkan akhir sekali (amatlah tidak wajar kalau meletakkan Pendidikan Islam sebagai matapelajaran paling tidak diberi keutamaan). Namun selepas SPM. Minat pembacaan saya mula berubah. Setiap kali saya ke Ppas salah satu buku (dari maksimum tiga) yang akan saya pinjam dari ppas adalah buku sejarah atau sirah nabawiyah.  Saya mula memulakan pembacaan terhadap Laksamana Cheng Ho. Saya membaca penulisan Imran Yusuf, Professor Dr. Kong Yuanzhi, Gavin Menzies etc.

Pinjam Buku

Salah satu perkara yang memampukan saya membaca dengan banyak adalah kerana kerap membaca. Saya masih ingat

Ini bukan lah kisah paling menggemparkan yang anda

Thursday 12 March 2015

Sophie's World by Joostein Gaarde for Only RM1? Wow

Nah it's nor for sale at RM1. Sorry to disappointing you.

It's just that this new book that I recently bought last week.

Actually many people recommended this book to me. Reading reviews by readers on Goodreads makes it certes that I should grab this book wherever I encounter it and you know where I found this book? In a warehouse that sell books at RM3.50 /kg.

And since this book weights no more than 300g, I can say I grabbed this one for less than RM1. Haha

What do you think about this book? Shate with us.